Monday, March 9, 2009

Melebih - lebih itu dilarang agama

Baru - baru ni bapa ku memberikan satu cd syarahan oleh Dato Ust Shamsuri Haji Ahmad..
tajuk nya berjudul mari makan kenduri..
ia berkisah kan tentang larangan agama melebih - lebih dalam perbuatan tidak kira mencari rezeki, beribadah, mencari ilmu dan sebagainya..
Syarahan ini mengupas kejadian yang pernah berlaku kepada sahabat Nabi Muhammad S.A.W..
hadith ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik..
hadith ini memberikan kita satu iktibar bahawasanya kita tidak boleh berlebih - lebih walaupun dalam mencari ilmu tidak kira lah ilmu akhirat ataupun ilmu keduniaan..
kerana ia mampu memberikan beberapa kesan buruk terhadap kita..
contohnya jika kita melebih - lebih mencari ilmu kita mungkin meninggalkan beberapa tanggung jawab kita yang lain..
dalam hadith yang diceritakan dalam syarahan ini ade menceritakan tentang kesan² buruk ini..
pada pandangan tintamindacetek, ia menyebabkan larinya niat kita dalam mencari..
mungkin kah kita mencari untuk show off..
mungkin kah kita mencari atas sebab tidak mahu ketinggalan..
kita dalam mencari ilmu ini hendaklah ia terbit dari hati sendiri..
kerana itu lebih ikhlas..
dan ilmu itu akan memberikan manfaat kepada kita..
kerana ilmu yang membawa keberkatan itu boleh dilihat dalam bentuk zahir..
oleh kerana itu, renungkan kan lah diri sendiri sebelum kita ingin membetulkan diri orang lain..
kadang² aku sendiri pun banyak bercakap je..
sebab aku sedar kadang² ape yang aku tegur orang itu pun aku x buat..
tapi x boleh jugak kalau kita dah buat dan kita bangga and terus tegur orang..
sebagai contoh " aku arini dah semayang 5 waktu, ko nak jadi ape x semayang"..
kan dah jadi seperti mahu menunjuk-nunjuk..
dimanakah nilai keikhlasan disitu..
walhal jikalau benar org itu ikhlas pasti org disekeliling nampak keberkatan ilmu yang dibawa dan menjadikan orang tersebut idola serta ingin mengikuti jejak langkah org tersebut
sepatutnya dalam menyampaikan ilmu mahupun berdakwah kita hendaklah berlembut..
ade satu hadith nabi yang menyatakan kita hendaklah berkata dalam perkataan yang baik²..
sesetengah org bile mahu menegur sesuatu di keluarkan kata² yang menyakitkan hati, yang membawa malu dan sudah tetunya tidak akan menginsafkan orang yang ditegur..
ini akan menyebabkan orang menganggap islam itu susah walhal islam adelah agama yang moderate..
dalam sebuah hadith, Nabi pernah mengisahkan tentang org² sebegini kerana menyebabkan org lain menganggap islam itu agama yang menyusahkan..
secara mudahnya jikalau kita x suke dimarah sudah pasti orang lain juga tidak suka dimarah..
sesungguhnya pendekatan itu penting dalam berdakwah mahupun menegur rakan² kerana pendekatan yang mudah dan lembut lebih senang diterima oleh manusia..
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari tintaminda cetek sendiri..
jikalau nukilan hati ini salah dari beberapa pihak, tintamindacetek memohon seribu keampunan kerana ini adalah pandangan dari hati yang mempunyai minda yang cetek ilmunya.

2 comments:

  1. hahaha.. yesss.. aku ske perengan mngur org scara lembut.. bgus bau.. aku skee entry ini.. kdang rmai yg somobg.. tidah mahu mnrime tguran.. ilmu bru sekangkag kere.. sudah mau megah... tidak perlu smua itu..

    ReplyDelete
  2. yup²..
    kite perlu sikap give and take jugak..
    sebab sudah pasti hati manusia itu seperti kerak nasi..
    yang pastinya lembut dihujani air..

    ReplyDelete